CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 18, 2010

APA ITU JPPLS????

VISI JPPLS

-Untuk mengadakan suatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan bekas pelajar sekolah ini dalam meningkatkan imej sekolah.
-Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan tarbiyah dan kebajikan bekas-bekas pelajar sekolah ini.
-Untuk membolehkan bekas-bekas pelajar sekolah ini bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan
-Untuk membolehkan bekas-bekas pelajar sekolah ini berusaha menyalurkan maklumat dan bahan berkaitan dengan pendidikan bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

BIDANG KUASA
-JPPLS boleh, dengan kebenaran Lembaga Pengarah/Guru Besar menganjurkan kegiatan kurikulum dan kokurikulum didalam atau diluar sekolah, dengan menggunakan tenaga mahir atau pakar daripada kalangan guru dan anggota JPIBG bagi tujuan meningkatkan pencapaian akademik atau sahsiah secara menyeluruh.
-JPPLS dibenarkan mengutip apa-apa sumbangan yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan daripada anggota dan keputusan itu hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah.
-JPPLS tidak boleh memperluaskan bidang kuasa JPP LS kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan polisi dan dasar yang telah diputuskan oleh Lembaga Pengarah.
-JPPLS tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara Guru Besar atau kakitangan sekolah ini atau Lembaga Pengarah SERI AT TA’ALIM.


KEAHLIAN
Keahlian terbuka kepada:
Semua pelajar yang pernah belajar di sekolah iniJawatankuasa Lembaga Pengarah dan Guru Besar sekolah sebagai anggota ex officio dan Penasihat JPP LS


AMANAT PENGARAH
-JPPLS Sebagai keseimnambungan perjuangan.
-Setiap ahli membawa nama SERI/SEMI At-Ta’alim
-Persiapan diri sebagai orang yang mewarisi perjuangan. Ilmu. kemahiran. Sikap.